Tonton Maharaja Lawak Mega 2019 Full Episod


Maharaja Lawak Mega 2019
  • Updated on 07-12-2019 15:12 PM by MyVOD | 41212 Views

  • Program realiti pertandingan komedi, Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019) bakal membuka tirainya pada 1 November ini, bersiaran setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam selama 11 minggu berturut-turut di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124). Dato’ AC Mizal kekal sebagai pengacara dan empat barisan juri akan diumumkan pada minggu pertama MLM 2019.

    Barisan peserta yang akan menjayakan MLM 2019 terdiri daripada dua peserta solo dari Indonesia, Rahmet dan Popon, serta sembilan peserta berkumpulan - Cali dari Brunei, Bocey, Zero, Rare, Puteh, Stone, Jambus, Rojak dan juga juara program ‘Muzikal Lawak Superstar’ musim pertama, J-Born.

    MLM kali ini membawakan satu episod istimewa, 'Maharaja Lawak Mega 2019 – Kerusi Panas’ atau ‘Hot Seat’ yang bakal menyaksikan 12 peserta lawak berentap untuk meraih kedudukan di pentas utama MLM 2019. ‘MLM 2019 – Kerusi Panas’ ini akan bersiaran seminggu lebih awal pada 25 Oktober 2019, Jumaat, jam 9.00 malam. Dihoskan olehNabil Ahmad dan diadili oleh Sabri Yunus, Fasha Sandha dan Mejar David Teo.

    Format pemarkahan kekal, 70% pemarkahan akan diberikan oleh barisan juri tetap manakala 30% daripada undian penonton melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) dan juga di lawan sesawang www.gempak.com/maharajalawakmega.

    TAJUK

    MAHARAJA LAWAK MEGA 2019

    MULA TAYANG : 25 Oktober 2019 (Hot Seat) / 1 November 2019 (Minggu pertama)

    SALURAN : Astro Warna & Warna HD

    HOS : Nabil Ahmad / AC Mizal

    Para Peserta MLM2019

    1. Bocey (Achey, Abam, Fad)
    2. Zero (Syarif, Atu, Syaiful)
    3. Rare (Ajak, Ropie, Pak Ya)
    4. Puteh (Mamak, Man, Ali)
    5. Stone (Mamat, Azlee, Acong)
    6. Jambus (Tauke, Tapai)
    7. Rojak (Chiwan, Bell, Rahim)
    8. J-Born (Khir Rahman, Joey, Vicha)
    9. Cali (Tony, Khai) Pelawak Brunei
    10. Rahmet (Solo) Pelawak dari Indonesia
    11. Popon (Solo) Pelawak dari Indonesia

  • Senarai Episod Maharaja Lawak Mega 2019

Maharaja Lawak Mega 2019

Popular Videos

Setelah Ku Dimiliki

Mengisahkan tentang Sarrafia yang memulakan kehidupan baru di sebuah pusat jagaan yang diberi nama Rumah Az...

Demi Rindumu

Nurhana pulang selepas dua tahun menyepi di luar negara apabila mengetahui abangnya, Nasrul ingin berkahwin...

Gegar Vaganza Musim 6

Pertandingan nyanyian yang menampilkan barisan penyanyi profesional, Gegar Vaganza musim ke-6 atau ‘G...

Cemburu Seorang Perempuan

Zikri dan Dhiya berkawan rapat sejak mereka sekolah lagi. Keakrapan mereka membuatkan keluarga Zikri tidak ...

© 2019 MyVOD. All Rights Reserved