Tonton Mencari Nur Hidayah Full Video


Mencari Nur Hidayah
  • Updated on 24-11-2019 07:11 AM by MyVOD | 558 Views

  • Saksikan telefilem keinsafan menarik untuk tontonan seisi keluarga anda pada malam minggu ini di slot Cerekarama berjudul Mencari Nur Hidayah. Lakonan yang sangat mantap dari pelakon kesukaan ramai iaitu Beto Kusyairy bersama pelakon Mustaqim Bahadon, Rosnah Johari dan Da’i Hakim. Telefilem ini diarahkan oleh pengarah Nazir Jamaluddin dan diterbitkan oleh Suara Kita Production Sdn Bhd.

    TAJUK

    MENCARI NUR HIDAYAH

    TARIKH TAYANGAN : Sabtu, 23 November 2019, 9:30 PM
    SLOT : Cerekarama
    SALURAN : TV3
    SKRIP : Anoy Poey Shah
    ARAHAN : Nazir Jamaluddin
    TERBITAN : Suara Kita Production Sdn Bhd
    PARA PELAKON : Beto Kusyairy, Mustaqim Bahadon, Rosnah Johari, Da’i Hakim, Pablo Amirul, Toy Nizam

    Sinopsis

    Kisah mengenai Jai yang berjaya melarikan wang RM100 ribu milik kawannya yang juga ketua kumpulan kongsi gelapnya, Payat. Ketika melarikan diri daripada buruan orang-orang Payat, Jai melarikan diri ke dalam sebuah kedai khas untuk pakaian islam lalu menyamar dengan memakai pakaian berjubah.

    Semasa cuba melarikan diri dari kedai tersebut, Jai terserempak dengan Ustaz Husnul dan terpaksa mengakui dirinya sebagai seorang musafir yang baru mendalami ilmu agama dan berjaya melepaskan diri dengan mengikuti sekumpulan kanak-kanak tahfiz ke sebuah masjid. Payat akhirnya menjumpai Jai di sebuah masjid.

Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis

Popular Videos

Tolong Sempurnakan Cerita Mami

Adeena Aurell (Addie) berusia sepuluh tahun, merupakan anak tunggal pasangan Razean Safiya dan Aun Adwa. Pe...

Camelia

Mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang porak peranda disebabkan perangai anak-anak yang suka me...

Seadanya Aku

Segalanya seakan hancur buat Aufiya (Zara Zya) apabila disaat hari perkahwinan bersama orang yang dicintai,...

Sepahtu Reunion LIVE 2020

Sepahtu Reunion kini kembali di tahun 2020 membawakan sketsa baru yang akan lebih memberikan anda gelak ket...

© 2019 MyVOD. All Rights Reserved

MyVOD - All the free shows on this website are hosted on the third-party sites. MyVOD are not responsible for any content that hosted on the third-party sites and MyVOD does not host any video file. If you have any legal issues please contact appropriate video owners / hosters.