Tonton Rindu Yang Terlarang Full Episod


Rindu Yang Terlarang
  • Updated on 23-12-2019 12:12 PM by MyVOD | 14951 Views

  • Rindu Yang Terlarang bakal menghiasi slot drama DramaVaganza tidak lama lagi sebaik sahaja tamat drama bersiri Cemburu Seorang Perempuan yang sedang hangat ditayangkan. Drama kali ini menampilkan gandingan ulung Fikry Ibrahim dan Zahirah Macwilson sebagai pelakon dan watak utama.

    Drama adaptasi dari novelis penulis Umie Nadzimah ini diterbitkan oleh Zeel Production dan merupakan hasil arahan dari pengarah popular Rashid Sibir. Siri drama ini dijadualkan untuk memulakan tayangan pada 26 November 2019 dan seperti biasa slot DramaVaganza ditayangkan pada jam 7 malam setiap isnin hingga jumaat.

    TAJUK

    RINDU YANG TERLARANG

    TARIKH MULA TAYANGAN : 26 November 2019 / 7 PM
    EPISOD : 20 Episod
    SLOT : DramaVaganza
    SALURAN : Astro RIA & RIA HD
    NOVELIS : Umie Nadzimah
    SKRIP : Mazelan Manan, Shida Zali, Najmie Maziez, Suzanna Zaily Zin, SHaza Talib, Mufid Shuhaimi
    ARAHAN : Rashid Sibir
    TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
    PARA PELAKON : Zahirah Macwilson, Fikry Ibrahim, Jalil Hamid, Amyza Aznan, Sahronizam Noor, Kartina Aziz, Sulaiman Yassin (Mat Over), Putri Hanan

    Pelakon Dan Watak

    Fikry Ibrahim sebagai Fariz
    Zahirah Macwilson sebagai Ainnura
    Jalil Hamid sebagai Tok Wan
    Sahronizam Noor sebagai Adnan
    Amyza Aznan sebagai Puan Ilah
    Mat Over sebagai Encik Fazlan
    Kartina Aziz sebagai Puan Rohana

    Sinopsis

    Kisah cinta terlarang disebabkan pergaduhan keluarga. Faith dan Ainnura bercinta sejak dibangku sekolah dan mahu berkahwin diusia muda. Namun, percintaan mereka mendapat tentangan daripada keluarga yang saling berdendam akibat sengketa perebutan hak milik tanah.

    Dek kerana permintaan mereka tak direstui oleh keluarga. Faith dan Ainnura membuat keputusan untuk berkahwin secara rahsia dengan restu dari Tok Wan, atuk Ainnura. Mereka hidup bahagia sehinggalah rahsia mereka terbongkar. Kedua-dua keluarga berusaha memisahkan rumahtangga anak-anak mereka. Akhirnya, Faith terpaksa menceraikan Ainnura dan membawa diri masing-masing

    Beberapa tahun berlalu, mereka bertemu kembali. Faith berusaha merebut hati Ainnura. Namun Ainnura terpaksa keraskan hati kerana takut perkara lama berulang kembali. Sementelah dia mempunyai Fawwaz dalam hidupnya. Hati Ainnura masih inginkan Faith cuma Ainnura memberi syarat, sekiranya mereka ingin bersama semula, keluarga mereka hendaklah berbaik semula. Berjayakah usaha mereka dan mampukah dua keluarga yang bermusuh akan kembali berdamai.

  • Senarai Episod Rindu Yang Terlarang

Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis

Popular Videos

Tolong Sempurnakan Cerita Mami

Adeena Aurell (Addie) berusia sepuluh tahun, merupakan anak tunggal pasangan Razean Safiya dan Aun Adwa. Pe...

Sepahtu Reunion LIVE 2020

Sepahtu Reunion kini kembali di tahun 2020 membawakan sketsa baru yang akan lebih memberikan anda gelak ket...

Camelia

Mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang porak peranda disebabkan perangai anak-anak yang suka me...

Seadanya Aku

Segalanya seakan hancur buat Aufiya (Zara Zya) apabila disaat hari perkahwinan bersama orang yang dicintai,...

© 2019 MyVOD. All Rights Reserved

MyVOD - All the free shows on this website are hosted on the third-party sites. MyVOD are not responsible for any content that hosted on the third-party sites and MyVOD does not host any video file. If you have any legal issues please contact appropriate video owners / hosters.