Tonton Satukan Rasa Full Episod


Satukan Rasa
  • Updated on 05-12-2019 16:12 PM by MyVOD | 17164 Views

  • Drama terbaru berjudul Satukan Rasa bakal menemui penonton tidak lama lagi yang menampilkan lakonan Siti Nordiana dan penyanyi lelaki popular Khai Bahar sebagai pelakon utama. Drama ini merupakan sebuah drama pertama lakonan oleh Khai Bahar selaku artis baru yang sedang meningkat naik, Drama hasil arahan Hadith Omar dan terbitan Suhan Movies & Trading ini bakal menemui penonton mulai 4 November nanti, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD.

    TAJUK

    SATUKAN RASA

    TARIKH MULA TAYANGAN : 4 November 2019 / 10 PM
    EPISOD : 20 Episod
    SLOT : Megadrama
    SALURAN : Astro RIA & RIA HD
    SKRIP : Puovin & Tommy Loh
    ARAHAN : Hadith Omar
    TERBITAN : Suhan Movies & Trading
    PARA PELAKON : Siti Nordiana, Khai Bahar, Nine, Shasha Abedul, Yusuf Bahrin, Isyariana, Che Kem, Nina Juren, Nadya Syahera, Ainin Batrisya, Raja Azmi

    Pelakon Dan Watak

    Siti Nordiana sebagai Indah Suhaila
    Khai Bahar sebagai Jai Bakri
    Nine sebagai Ben
    Shasha Abedul sebagai Dede
    Yusuf Bahrin asebagai Shah Bakri
    Isyariana sebagai Saerah
    Che Kem sebagai Bakri
    Nina Juren sebagai Datin Amelia
    Nadya Syahera sebagai Yatt
    Ainin Batrisya sebagai Aira
    Raja Azmi sebagai Kalthom

    Sinopsis

    Mengisahkan Indah, seorang balu dan penyanyi yang pernah popular namun mengambil keputusan untuk menyepi dari bidang seni tanahair berikutan sudah jemu dengan dunia hiburan dan mahu menumpukan perhatian kepada satu-satunya anaknya. Indah meneruskan kehidupannya dengan tenang dan selesa menjalani kehidupannya sebagai pekerja servis party.

    Dengan pekerjaan itu, Indah merasa puas setiap kali berjaya menjalankan parti yang dikehendaki oleh pelanggan. Namun Indah akhirnya terpaksa akur untuk memasuki semula dunia hiburan apabila kehadiran penyanyi baru yang viral di media sosial, Jai memerlukan khidmatnya sebagai seorang penyanyi senior dan lebih-lebih lagi mereka akan digandingkan bersama.

    Jai mempunyai satu masalah yang dihidapi sejak dari kecil lagi iaitu perasaan gemuruh apabila berdepan dengan penonton. Indah terpaksa memikirkan cara bagi membantu Jai untuk menghilangkan rasa gemuruhnya di pentas.

  • Senarai Episod Satukan Rasa

Maharaja Lawak Mega 2019

Popular Videos

Curi Curi Cinta

Kisah Intan Raihana dilahirkan dalam keluarga yang susah. Intan malu dengan keadaan keluarganya, apatah la...

Cemburu Seorang Perempuan

Zikri dan Dhiya berkawan rapat sejak mereka sekolah lagi. Keakrapan mereka membuatkan keluarga Zikri tidak ...

Patah Sayap Bertongkat Paruh

Aliah nekad pulang ke kampung bersama tiga orang anaknya untuk membina hidup baru setelah dicerai oleh suam...

Demi Rindumu

Nurhana pulang selepas dua tahun menyepi di luar negara apabila mengetahui abangnya, Nasrul ingin berkahwin...

© 2019 MyVOD. All Rights Reserved