Tonton Suri Katriana Full Episod


Suri Katriana
  • Updated on 08-12-2019 06:12 AM by MyVOD | 13543 Views

  • Drama bersiri terbaru berjudul Suri Katriana akan mula ditayangkan di Astro Prima menerusi slot Tiara bermula pada 30 Oktober 2019 sebaik sahaja tamatnya drama Puteri Yang Ditukar. Drama bersiri 49 episod ini dibintangi oleh Ernie Zakri, Ummi Nazeera, Nadiya Nisaa, Hasnul Rahmat, Zul Huzaimy, Nazim Othman, dan ramai lagi. Seperti biasa slot Tiara akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121).

    TAJUK

    SURI KATRIANA

    EPISOD : 49 Episod
    TARIKH MULA TAYANGAN : 30 Oktober 2019
    WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 6:00 petang
    SLOT : Tiara
    SALURAN : Astro Prima
    ARAHAN : Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
    TERBITAN : MIG Production Sdn Bhd
    PARA PELAKON : Ernie Zakri, Ummi Nazeera, Aishah Azman, Nadiya Nisaa, Ezzaty Abdullah, Zul Huzaimy, Nazim Othman, Hasnul Rahmat, Rozita Che Wan, Fadilah Mansor, Kazar Saisi, Zaidi Omar, Aisyah Atan, Eleena Sui, Ryzal Jaafar, Ku Zara Eryna, Dhia Arissa, Qhaira Imani

    Pelakon Dan Watak

    Ernie Zakri sebagai Suri
    Ummi Nazeera sebagai Katriana
    Aishah Azman sebagai Yasmin
    Nadiya Nisaa sebagai Saerah
    Ezzaty Abdullah sebagai Edora
    Zul Huzaimy sebagai Faizal
    Nazim Othman sebagai Daniel
    Hasnul Rahmat sebagai Tuan Syed Sadiq
    Rozita Che Wan sebagai Puan Sofea
    Fadilah Mansor sebagai Mak Limah
    Eleena Sui sebagai Amanda
    Ryzal Jaafar sebagai Rizal
    Ku Zara Eryna sebagai Liyana (5 tahun)

    Sinopsis

    Mengisahkan tentang pergolakan dan cabaran hidup yang perlu ditempuhi seorang gadis cantik bernama Suri (lakonan Ernie Zakri), yang begitu meminati seni tari, namun tidak dapat meneruskan pembelajaran kerana kekangan kewangan.

    Selepas dari kematian ibu bapanya, keadaan semakin mendesak sehingga Suri membuat keputusan untuk berkahwin dengan Tuan Syed Sadiq (lakonan Hasnul Rahmat), bekas majikan arwah ibunya yang selama ini banyak membantu kehidupan mereka. Suri turut digilai oleh rakan sekampungnya iaitu Faizal (lakonan Zul Huzaimy).

    Kematian ibu Suri ada kena mengena dengan Farid. Selepas berkahwin, Suri berpindah dan kehidupannya cukup lain dari sebelum ini. Beliau kembali sebagai Kat (lakonan Umi Nazeera), yang ingin menuntut bela di atas apa yang berlaku kepada dirinya dan ibunya. Rahsia kematian ibunya serta rahsia perubahan pada dirinya akhirnya terbongkar dan pada ketika itu kehidupan Suri terus dibelenggu dengan dugaan.

    Apakah yang membuat gadis suci seperti Suri sanggup merubah wajah untuk membalas dendam? Apakah dugaan yang bakal dihadapinya itu?

  • Senarai Episod Suri Katriana

Maharaja Lawak Mega 2019

Popular Videos

Setelah Ku Dimiliki

Mengisahkan tentang Sarrafia yang memulakan kehidupan baru di sebuah pusat jagaan yang diberi nama Rumah Az...

Demi Rindumu

Nurhana pulang selepas dua tahun menyepi di luar negara apabila mengetahui abangnya, Nasrul ingin berkahwin...

Gegar Vaganza Musim 6

Pertandingan nyanyian yang menampilkan barisan penyanyi profesional, Gegar Vaganza musim ke-6 atau ‘G...

Cemburu Seorang Perempuan

Zikri dan Dhiya berkawan rapat sejak mereka sekolah lagi. Keakrapan mereka membuatkan keluarga Zikri tidak ...

© 2019 MyVOD. All Rights Reserved